Breaking

Tuesday, July 4, 2017

Kenapa duit gaji sentiasa tak cukup dan kering setiap bulan?



Pernahkah korang terfikir kenapa duit gaji sentiasa tak cukup dan kering setiap bulan. Berikut adalah cara dan teknik untuk korang tahan nafsu untuk kekayaan di masa hadapan.

1. Elakan masuk shopping mall.

Tauke shopping mall memang sengaja bermain dengan emosi pengunjung. Dari set mood lagu raya, set hiasani ala-ala pasangan kekasih bahagia, semuanya untuk menggoda pengunjung membeli belah. Antara strategi yang biasa digunakan ialah potongan harga 80%, maka berduyung-duyunglah segala mak nenek beratur di ATM untuk keluar duit membeli belah. Apa bila kita elakan masuk perangkap shopping mall, maka duit tersebut boleh digunakan untuk pelaburan ASB. Duit pelaburan ASB lepas 10 tahun korang boleh gunakan untuk deposit beli rumah sendiri yang besar dan selesa.

 2. Elakan tengok barangan branded.

Tauke-tauke kedai ramai yang tahu bahawa,  orang yang bergaji kecik ni, low self esteem. Maka cara tercepat menaikan self esteem adalah dengan membeli barangan branded mahal dan berjenama. Lagi bagus jangan ada facebook sebab dah tak boleh dah nak tayang barang-barang branded dan mahal. Korang boleh simpan duit dalam Fixed Deposit, biarkan duit tu beranak dalam bank. Lepas 10 tahun, korang boleh guna duit yang dijimatkan tuk tuk deposit beli aset kedua seperti rumah untuk korang sewakan atau kalau ada duit lebih boleh beli kereta idaman dan buat par-time uber atau grab car.

3. Naik basikal atau pengangkutan awam gantikan naik kereta.

Harga minyak naik? Insuran kereta naik? Kos tukar tayar kena bayar GST? Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sebab jalan kecik tapi kereta banyak? Jangan risau naik jer, LRT, MRT atau komuter. Apa susah, orang lain terperangkap dalam jalan raya, korang pulak boleh tidur dalam train. Entah-entah bley bertemu jodoh dalam train tu. Kos penjimatan tersebut boleh simpan dalam tabung haji. Lepas 10 tahun, duit tu korang boleh pergi umrah atau travel oversea.

4. Berpuasa dari kedai fast food.

Fast food ini adalah perangkap yang paling senang kita terjerat. Apalah sangat setakat belanja fast food kat kedai-kedai gaya ala-ala hipster. Makanan pun rasa sedap dari masak dekat rumah. Cepat dan sedap lagi selesa. Sebenarnya lagi bagus korang berpuasa sebab dengan berpuasa dan masak di rumah korang dapat buat penjimatan yang boleh korang gunakan untuk membayar premium insuran, Takaful supaya bila korang tiba-tiba meninggal, maka anak isteri suami korang akan selamat dan terjaga. Lepas 10 tahun, duit dan premium insuran korang inilah yang akan melindungi korang dari kejutan bil hospital.

5. Jangan Beli telefon mahal jenama buah-buahan.

Tauke kedai tahu, telefon mahal ni penting supaya tak dipandang rendah oleh kawan kawan atau sepupu sepapat. Dari korang beli telefon mahal tapi tak reti guna, baik guna untuk simpanan pelaburan pendidikan atau pun beli laptop yang boleh jana pendapatan secara online. Kalau nak beli telefon mahal sekali pun, pastikan korang gunakan telefon itu untuk aktiviti yang menjana pendapatan, bukan asyik buang masa layari facebook, instagaram yang tak sudah-sudah tu. Kalau korang perasan, artis-artis pun gunakan follower yang ramai tu tuk promosikan produk dorang. So gunakan lah duit smartphone yang mahal tu tuk belajar selok belok perniagaan online contohnya macam baca blog ni. Atau pun korang boleh belajar jual beli saham BSKL melalui smartphone, lagi masyuk.

6. Bawa keluarga bersiar-siar dan beriadah di taman-taman awam.

Banyak taman-taman kat Malaysia ini, matlamat korang adalah untuk menyihatkan badan dan merapatkan silatulrahim. Lagi bagus bawa bekal untuk berkelah. Banyak tempat awam menarik kat Malaysia. Duit yang korang jimatkan ni, simpan dalam akaun ASB 2 buat duit kecemasan. Mana tahu, korang tiba-tiba tak ada duit, takdalah korang perlu meminta-minta hutang dengan kawan lepas itu tak nak bayar.

Jadi, tak mustahil sebenarnya nak jadi kaya dan tak mustahil untuk jadi jutawtn. Cuma kena tahan sedikit kehendak dan utamakan keperluan seperti pelaburan, pendidikan dan kesihatan. Kalau diri sendiri tak ubah takkan nak harapkan kerajaan untuk subsidi hidup? Lepas tu nak komplain duit BRIM tak cukup pulak. Jadi sayangi diri anda sendiri. OK.

No comments:

Post a Comment