Breaking

Monday, June 26, 2017

Rahsia loan ASB untuk pembelian rumah yang ramai tak tahu.



1. Waktu belajar, kenderaan yang terbaik bagi lelaki bujang adalah motorsikal. Jangan beli kereta dulu, Kalau nak beli kereta juga, beli kancil 2nd hand.

2. Buat pembiayaan ASB sebanyak RM100K dalam tempoh 30 tahun dengan komitmen bulanan RM550. Jangan usik dividen selama 3 tahun. Setelah 3 tahúr dengan anggaran dividen tahunan 7.25% setahun, anda akan dapat lebih kurang RM27 800.

3. Duit lebihan ini, beli asset yang akan beri positive cash flow iaitu beli rumah pertama. Jalan terbaik adalah beli rumah yang low cost. Cari yang berharga kurang daripada RM100 ribu. Anda juga boleh gunakan duit KWSP akaun dua untuk buat deposit beli rumah. Setelah beli rumah, sewakan rumah tersebut. Sebagai contoh kalau duit bulanan rumah adalah RM 500, sewakan dengan harga RM 700 untuk positive cash flow. Jangan lupa buat tenantcy agreement sekali.

4. Buat 3 tahun pertama, sewa rumah dahulu. Pastikan rumah sewa tersebut dekat dengan tempat kerja untuk jimatkan kos.

5. Daripada keuntungan duit sewa rumah ini, buat lagi ASB loan 100K dan gunakan keuntungan duit sewa untuk biayai pinjaman ASB. Jangan usik dividen selama 3 tahun. Hasi dividen ASB ini boleh digunakan untuk membeli rumah sendiri dengan harga lingkungan RM 300K. Jadi dengan disiplin simpanan ini, anda sudah memiliki sekurang-kuranganya 2 buah rumah.



No comments:

Post a Comment