Breaking

Friday, May 12, 2017

Pertimbangan sebelum membeli Rumah PR1MA.

 

NewImage

Moratorium selama 5 tahun. (Dikurangkan daripada 10 tahun sebelum ini)


Anda akan dikenakan Moratorium iaitu tempoh di mana rumah tersebut tidak boleh dijual atau dipindah milik kepada pihak lain. Rumah terbabit juga wajib diduduki oleh pemilik. Sekiranya anda memang berniat untuk tinggal atau malas hendak fikir hal pembelian hartanah lain. Syarat ini tidak membebankan anda.


Namun,


Jika anda merancang untuk melabur dalam bidang hartanah, dan mendapat pulangan yang tinggi dalam pemilikan hartanah, pembelian rumah PR1MA sebagai rumah pertama adalah sesuatu yang perlu anda pertimbangkan. Ini adalah kerana, rata - rata rumah PR1MA adalah berharga sehingga RM 300,000 / RM 400,000 akan meningkatkan ratio komitmen hutang (DSR) dan menghalang anda daripada membuat pinjaman bagi pelaburan perumahan lain.



Jadi cara bijak bagi anda yang berminat dalam pelaburan hartanah adalah membeli rumah lain dahulu di kawasan yang berpotensi seperti di kawasan Kajang, Bangi, Rawang, Damansara, Nilai dan bandar kecil yang mempunyai potensi sewaan yang tinggi. Jadikan rumah yang anda beli sebagai pelaburan, ansuran bulanan di bayar oleh penyewa rumah anda. Anda boleh melihat rumah SUBSALE (rumah yang sudah di duduki) sebagai rumah dan kawasan yang memberikan pulangan yang baik kepadai nilai wang anda. Biasanya rumah yang dibeli akan mengalami peningkatan nilai dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.


Pembelian rumah PR1MA menawarkan rumah yang dikatakan pada harga berpatutan pada lokasi yang strategik. Pembelian rumah PR1MA membantu anda memiliki rumah kediaman pertama anda. Namun, jika anda seorang yang sukakan pelaburan hartanah, pembelian rumah PR1MA sebagai rumah pertama, memerlukan pertimbangan yang sewajarnya.








No comments:

Post a Comment