Breaking

Friday, May 5, 2017

Kemahiran penting yang perlu ada dalam bidang pekerjaan.

NewImage


Bidang pekerjaan merupakan satu bidang yang mencabar berbanding semasa menjadi pelajar. Di dalam bidang pekerjaan, kita akan di dedahkan dengan realiti dunia sebenar. Dunia pekerjaan membolehkan kita bertemu dengan pelbagai kerenah manusia. Bidang pekerjaan adalah memerlukan seseorang graduan itu mempunyai ciri -ciri yang berikut.



1.Pandai dan bijak berkomunikasi.


Bidang pekerjaan memerlukan anda bertemu dan berinteraksi dengan pelbagai jenis manusia daripada pelbagai lapisan masyarakat. Justeru itu, anda perlulah bijak berkomunikasi dan mendengar dan meyampaikan maklumat dan informasi dengan tepat dan betul. Kebolehan anda berkomunikasi biasanya diuji semasa temuduga sebelum anda di ambil bekerja.



2.Belajar sesuatu dengan cepat dan pantas


Dalam bidang pekerjaan, anda akan bermula dengan kosong. Apa yang di ajar di university adalah asas semata-mata. Dalam dunia pekerjaan yang sebenar anda di nilai bagaimana anda menyelesaikan masalah di tempat kerja. Lain tempat kerja, lain undang-undang serta ilmu yang anda perlu pelajari serta amalkan. Jadi jangan berat mulut, untuk bertanya apa-apa ilmu atau perkara yang anda tidak ketahui semasa dalam tempat kerja baru.



3.Kemampuan mendengar arahan ketua


Dalam bidang pekerjaan anda akan mempunyai seorang ketua atau supervisor yang akan memantau setiap aktiviti yang akan atau telah anda lakukan. Kemahiran menjadi seorang anak buah yang baik adalah sangat penting bagi memudahkan anda berfungsi dengan baik ditempat kerja.



4. Bertahan dengan dinamik politik tempat kerja.


Bagi yang baru menceburi bidang pekerjaan, akan menerima satu kejutan budaya tentang politik pejabat. Politik tempat kerja ini berbeza dari satu organisasi ke satu organisasi. Perbezaan pendapat mewujudkan puak-puak di dalam tempat kerja. Anda boleh bijak menyesuaikan diri dalam dinamik politik tempat kerja yang wujud secara tidak rasmi. Fokus kepada bagaimana anda mampu memberi sumbangan serta meningkatkan produktiviti dengan aktiviti politik yang minima.


5. Menepati masa


Tempat kerja, berbeza dengan kuliah di universiti. Anda mungkin boleh minta tolong kawan untuk sign kedatangan anda. Namun, di tempat kerja tabiat ini tidak boleh lagi di amalkan dengan sistem punch card biometrik. Kehadiran anda di tempat kerja adalah sangat penting dalam menentukan ketepatan masa anda. Anda perlu sentiasa menyiapkan kerja dalam jangka masa yang telah ditetapkan.













No comments:

Post a Comment