Breaking

Friday, May 12, 2017

Cara dan syarat pendaftaran Rumah PR1MA

NewImage


Pendaftaran rumah PRIMA secara borang online.



Rakyat Malaysia yang berusia sekurang-kurangyna 21 tahun layak memohon untuk memiliki Projek Rumah 1Malaysia atau lebih di kenali sebagai (PR1MA). Rumah PR1MA membolehkan anda membeli rumah di kawasan bandar pada harga yang berpatutan dan biasanya di bawah harga pasaran. Elakkan terpedaya dengan mana-mana pihak yang mengaku sebagai agen atau pihak ketiga mewakili PR1MA dengan mengisi sendiri Borang PR1MA secara online.



  1. Cara pertama, lengkapkan pendaftaran anda di https://register.pr1ma.my/Account/Register

  2. Setelah pendaftaran, anda perlu memohon rumah PRIMA kerana permohonan dan pengundian tidak dilakukan secara automatik.

  3. Pengundian akan dilakukan bagi yang memenuhi syarat kelayakan.

  4. Pihak PR1Ma akan menawarkan bantuan terbaik untuk pembiayaan hartanah anda melalui panel bank PR1Ma. Antara yang menarik adalah pembiayaan sehingga 110% harga Perjanjian Jual Beli (SPA) kepada bakal pembeli yang layak bermaksud tiada pembayaran pendahuluan diperlukan jika pembeli berjaya mendapat pinjaman maksimum.


Syarat Permohonan Rumah PR1MA.


 Syarat-Syarat Utama

Warganegara Malaysia

 

Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun ke atas

 

Individu atau suami isteri yang mepunyai purata pendapatan bulanan antara RM 2,500 hingga RM15,000

 

Mengikut garis panduan tambahan yang di tetapkan oleh pihak PR1MA

 

Kediaman PRIMA dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja.



Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di talian 03-7962 4374 yang beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang) atau Sabtu (9:00 pagi –1:00 petang). Anda juga boleh e-melkan ke info@pr1ma.my












No comments:

Post a Comment