Breaking

Friday, May 12, 2017

Cara bukak Asb 2 di Maybank


Anda boleh buka ASB2 di mana mana pejabat Pos atau agen ASB seperti Maybank, CIMB dan Affin Bank. Sebelum bukak ASB 2 di pejabat POS, pastikan anda hubungi dahulu pejabat pos berkenaan kerana pegawai terbabit mungkin bercuti atau berkursus.

Jadi anda boleh bukak dia agen ASB seperti Maybank. Pergi ke kaunter pertanyaan maybank dan anda akan di minta mengisi borang ASB2 dan pengistiharan sumber dana. Letak jer sumber dari saving atau dari sumber lain jika ada.

Untuk pengetahuan anda, ASB2 unit trust tidak dilindungi pidm. Anda perlu mengisi beberapa helai borang dan pastikan anda membawa IC untuk tujuan pengesahan. Proses membuka ASB2 agak lama dan anda mungkin perlu menunggu 45 minit untuk proses membuka akaun.Salah satu sebab lambat adalah sistem baru yang selalu down pada waktu petang. 


Anda akan di tanya jumlah unit yang ingin dibeli dan mengisi borang desposit. Minimum RM 10. Pastikan anda mengisi borang dengan lengkap untuk mengelak kelewatan di kaunter. Sebaik baik pergi ke bank pada hari selain Isnin dan Jumaat untuk elak kesesakan.



Selesai membuka akaun ASB2, biasanya pegawai bank akan memujuk anda untuk membuat ASB loan. Salah satu tarikan buat loan ASB di bank adalah rate yang agak rendah (waktu promosi May 2017) BR+ 1.8%.Apa apapun Pelaburan ASB2 adalah pelaburan bijak (sama ada buat loan atau tidak) untuk masa depan. 

Take action now.

No comments:

Post a Comment